Thursday, December 30, 2010

Congrats team Malaysia..tapi masih ade yang tak sedar diri tu Malaysian..so sad...

Congrats and thanx to team Malaysia yang berjaya walaupun tewas 2-1 kepada Indonesia untuk Suzuki Cup tapi kita menang Agregat 4-2. Sekaligus, Malaysia public holiday da… Memang meriah Putrajaya dengan skrin besar terpampang dekat dataran Maybank. Flat hijau tak payah cakap la memang riuh rendah dengan sorakan. Tapi ape2 pun I’m Proud to be Malaysian. Ya saya berpijak di bumi yang nyata. I served government, saya masih sedar diri. Semangat patriotisme & nasionalisme saya masih tinggi. Bulu roma saya meremang masa nyanyikan lagu Negaraku. Lantaklah orang nak cakap saya skema ke kotak ke melayu kampong ke, but still I’m happy to be Malaysian.

Pelik dengan sikap sesetengah golongan muda yang konon2nya mat n minah salleh celupss. Sungguh jelik dengan perangai mereka yang meloyakan itu. Tidak ambil tahu apa yang jadi pada Negara & Luar Negara. Tau2 jer..enjoy cuti yang dibagi kerajaan. Is that fair??

Pada pendapat saya, bukan saje pelajar lepasan SPM yang patut pegi PLKN tu, tapi government servant sendiri sepatutnya pegi kursus berbulan2 mcm tu untuk tanamkan sifat cintakan Negara. Setakat BTN yang seminggu dua tu memang tak cukup nak inject the spirits. Dahla kerajaan bagi gaji tapi diaorang yang tak support kerajaan. Apa tanda diaorang terima kasih? Dengan shopping barangan Eksport kononnya high taste & stylo la. Kalau tengok pun bukannye vogue2 nampak gak gaya2 tradisional orang kampungnyer. Erm..xtau la nak salahkan siapa tapi yang utamanya HATI masing-masing. Kalau rasa sangat cenderung ke arah kebaratan sangat, go and do something. Don’t sit here like a parasit.

No comments: