10 Mac 2011 (Khamis)
Persiapan di Penang memang sangat kelam kabut..almaklumlah semua buat sendiri. Dari baju sampai lah ke khemah. Tolak food & beverages je order dengan catering Umi Sekha. Start hari ni in the morning hujan sangat la lebatnya..Dalam pukul 11 khemah pun dah mula naik depan padang umah saya. Semuanya total 7 buah khemah piramid. Disebabkan khemah ambil dengan pak cik saya n pekerja yang diupah pun tak pro, sampai ke Maghrib jugak la baru settle pasang khemah without scarlett and other decor. Malam tu pulak, kitaorang sibuk menyiapkan bilik pengantin sampai pukul 4 pagi. Memang sangat meletihkan but it was fun. Once in a lifetime..hopefully...
11 Mac 2011 (Jumaat)
This is the day di mana saya akan dinikahkan dengan Mohd Nizam bin Yom. Im not so nervous tapi still melayankan penat. Petang ni dijangka pukul 4.00 kami akan dinikahkan. Pagi tu ramai dah yang tolong2 untuk siapkan keja yang tertangguh. Unfortunately, dalam pukul 12 macam tu my aunty call. Dia suruh saya make up sendiri untuk akad nikah petang ni sbb dia nak kejar tailor yang jahit baju hubby untuk sanding tommorow. Means dat baju lom siap + yang mengejutkan i have to make up on my own. Memang bengang sangat2, mane la kita ada barang make up macam mak andam kan. Ape la sangat yg ada, cuma piece of make up yg perlu je dlm my make up kit. Lagi satu, they promise to bring along kasut /heels untuk pakai pegi masjid. Bila tanya before this, do i need to buy new shoes, die cakap tak payah. Suddenly, dah tak de heel.. Mane la saya ada bawak heels balik penang. Semuanya di Putrajaya, lagi la bertambah hangin. Yang duk heret time tu pun just a comfort shoe yg macam makcik2 pakai tu. Tanpa berlengah lagi, saya dan fatin (my 2nd sis) terus bergegas cari saloon yang boleh mekap kan orang then kitaorang berlari pegi Prangin Mall cari heels yang murah tapi pasti bling2 untuk bawak g Masjid Negeri. Kalau boleh dapat title, saya 'Pengantin Terhangin of the Year'. Sempat jugak kitaorang bergegas sampai siap make up then balik rumah untuk pakai ascessories lain. Nasib baik my aunty dah tinggalkan crown n veil so boleh la pakai. Nak jadi cerita time tengah2 touch up tu boleh plak black out n hujan renyai2. Dalam hati Tuhan je tau, ape la nak jadi hari ni.
Tapi Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, walaupun ramai yang penat & sakit hati. Selamat diijabkabulkan, ada minum petang di rumah saya. Time tu hujan memang sangat2 lebat. Alhamdullilah hujan kesyukuran. Farrah Izann binti Mohamad Ismail sah menjadi isteri kepada Mohd Nizam bin Yom dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdullilah...
*to be continued (penulis sudah mengantok)
3 comments:
allhamdulillah semuanya da selamat...
xde event yang xde cacat celanye..janji da selamat nikah..tu yang peling penting..hehehe
memang ler..tp sakit hati masih terasa woooo..heheheh
Farah..nnt pm kt fb aku brapa eh charge for catering umi...aku tgh dok sevey catering nih...tq
Post a Comment