Friday, November 4, 2011

Indahnya perjalanan ini..

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Hari ni hari jumaat yang terasa sangat lah malas nk bekerja. Maklumlah dari semalam hujan turun x berhenti. For the 1st time saya mandi air panas pegi kerja. Semalam dah cramp kaki masa tido pagi ni xnak tanggung risiko lagi. Sekarang ni pun berstokin bagai kt ofis J

Okla..nak kongsi dengan semua about my pregnancy. Kalau ikut pada kiraan sekarang ni kandungan saya dah masuk 11 weeks. Alhamdullilah semuanya baik2 saja. Pening & muntah tu biasa2 aje la..Saya bersyukur sgt, sbb baby ni memahami ibunya yang kerja jauh. Jadi tak de la teruk sgt morning sickness tu, masih boleh lagi berulang seremban-putrajaya-seremban.

Bab makan ni susah sikit. Ape jadi pun x faham. Saya boleh memasak tapi tak boleh makan masakan sendiri. Asyik makan kat kedai aje sampai en hubby pun complaint. Tapi saya tahu dia faham sangat. Saya akan jadi marah bila orang paksa saya makan kalau saya tak suka benda tu. Ada makanan tu kekadang bila tengok rasa loya dalam tekak ni. Especially masakan sendiri, tapi saya temankan jugaklah en hubby makan lepas tu terus blueeekk dlm toilet.

Buku mengandung pun dah bukak di klinik seremban 2. 3 hari berturut saya pegi klink kesihatan tu. 2x urine test & 3x amek darah + minum air gula. Takpela demi baby ummy sanggupkan jugak.

Alhamdullilah semuanya baik dan harap2 akan terus baik.

No comments: