Wednesday, December 21, 2011

Cerita kedai kopi..

Assalammualaikum & gud morning alls..


Hari ni 21 Disember 2011. Tetiba pulak sakit perut bila start menulis ni. Adoiiii btw tahan kejap. Banyak citer nak diciterkan, and xtau la dapat citer sume ke tak.


Cerita di Ofis

Agak bengang sikit dengan my boss. Suka hati dia je kan nak ubah meeting at any time. Memang la doesnt matter sebab meeting tu less important, tapi nak arrange makan minum and to inform all agak meremehkan. Pagi2 dah bengang and malas nak pegi keje. Kebetulan semalam lewat tidur lagi la diri ni malas sesangat. Tapi terpaksa melangkahkan kaki dengan wajah yang masam untuk pegi keje. Huhhh nampak sangat tak ikhlas.


Cerita pegi check up

Kandungan dah 18 weeks. At this time orang cakap dah boleh tahu the gender of baby. Suspenyer...tapi yesterday yang dorang check just baby's heart beat aje. Then as usual amek darah and urine. Alhamdullilah semuanya ok. HB 11.5 turun sikit la..Tekanan darah 110-70 berat pun naik 2kg jer (Jer??) but they said normal. Alhamdullilah...nasib baik baby tak banyak ragam mcm ummy nyer. Syukur sangat2 tp hopefully HB for next month pun baik dan x turun lagi la..on the 29 Disember 2011 appointment dgn doctor untuk scan pulak. Semalam buat ultra sound dan dengar heart beat baby, mcm tak percaya n konfius pun ada gak. Heart beat nyer kurang dari 140. Tertanya-tanya ummy ape la gender anak ummy yang baik inside my womb ni. Tak berani nak cakap instict ni pada orang takut tersalah. Kebanyakkan orang mengharapkan my baby is boy. Tapi saya tak kisah janji sihat dan comel macam ummy dia :)


Disamping tu, saya ada browse tanda2 mengandung anak boy or girl. Yang mana dihighlightkan tu adalah apa yg saya rasa kadang2 :-


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh (xtau nak ckp sbb bontot ni terasa sakit sbb dulu pernah jatuh)
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
Bentuk perut condong ke arah bawah
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju
Tapak kaki selalu berasa sejuk

Tangan selalu kekeringan
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
Hidung tampak lebih mekar
Selalu sakit kepala


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

so guys? huhuhu sama2 la kita menanti detik itu... :)

No comments: