Tuesday, February 21, 2012

strech marks??? takut tak???

Salam allsss…hari ni saya nk story mory pasal strech mark semasa hami. Ia adalah regangan kulit ketika mengandung yang tak mampu dielak oleh ibu2 yang bakal melahirkan baby. Termasuklah saya sendiri, tapi dah hampir 7 bulan alhamdullilah garisan2 tu belum muncul lg. Biasanya regangan ni akan terjadi bila dah masuk third trimester..huaaaa harap2 perut saya tak mengalami strech yang teruk.

Apa itu strech marks?


:: so scary melihat pixx di atas::

Dikenali sbg striae gravidarum dan muncul spt jalur panjang pada kulit, berwarna sedikit ungu atau merah mengikut jenis / warna kulit anda. Semasa mengandung, kebanyakan wanita mengalami di bahagian perut tapi strech ni juga boleh terjadi di bahagian lain juga spt peha, pinggul, breast dan ketiak. Lepas bersalin lagi la ketara nampaknya. Huhuhu almaklumlah semua akan kendur n time tu rajin dan x rajin je nak work out.


Sebab?

Pertambahan berat dengan cepat dan menegangkan kulit. Biasanya akan dialami ketika trimester ke-3 tp ada jugak kes yang jadi masa awal mengandung. Lagi banyak berat bertambah lebih besar kemungkinan dapat jalur2 ni. Huhuhu setakat mengandung ni dah 7 months berat saya dah naik 5kg, yang mana saya saya belum melampau la..harap2 maintan sampai 9 months. Yang penting baju2 semua dah ketat..

Cara kurangkan / elakkan strech marks?

~Guna lotion / krim strech mark lebih dari sekali sehari di bhgian yang mungkin terdapat strech marks seawal mengandung. Pada yang syg diri la..saya ni time rajin baru sapu lotion
~Jangan garu di kawasan2 ini tapi boleh buat urutan bg memperbaiki peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan sel baru
~Jaga berat badan mengikut progress hamil

That’s all untuk dikongsi dengan kengkawan sekelian. Banyak dah jual krim yg contain cocoa butter, vitamin A & E yang membantu kulit untuk kekalkan kelembapan. Sapuan krim ni bukan saja membantu untuk elak strech mark tapi bagus jugak untuk peredaran di lapisan kulit. So rajin2 la menyapu lotion / krim di perut anda yer.


:: ahhh takutnya melihat keadaan ini ::

Tapi keadaan saya ni pelik sikit, strech mark belum muncul tp kulit kt bahagian perut ni menggelupas. Setakat ni I have no answer for this. So setiap kali nampak menggelupas tu saya sapu lotion Vaseline aje untuk lembapkan balik bahagian perut tu.

Kay la alls….nti kita kongsi benda lain pulak kay..chowww…


:: adakah anda ingin jadi spt ini? ::

No comments: