Hi allz, dah lama tak buat entry baru. Tak de mood la..By the way 29 Dec 2009 aku terima 2 call yang agak menakutkan dan mengecutkan aku jugak la..Early in the morning about 830am ade call 06-******** i thought it was zura my fren kat melaka, tp rupanya somebody from Majlis Perbandaran Nilai (MPN). The purpose is, dia suh aku attend interview pada 30 Dec 2009 di Bilik Gerakan MPN pukul 2.30 petang. Before attend interview ada la macam2 'gampang' yang terpaksa diharungi. Paling tak leh blah, ntah berapa hb (about 1month ++ sblum dipanggil interview) aku disuruh datang wat ujian kecergasan. Wat the **** post ni kena wat ujian kecergasan, bukannya aku apply jadi penguatkuasa ker, bomba ker, polis ker. Tapi ikut jer la mana tau rezeki aku kan.
Dengan rasa berat ati yang amat sangat aku pun menyahut cabaran MPN tersebut. Ewahh..Memang sangat tercungap aku berlari mengabiskan 2 round padang yang agak besar kat MPN tu. Kalau sapa yg pernah tengok or lalu2 kat nilai tu sile la tengok2. Dalam kiraan 5minit++ la, dia ckp masa maximum 10minit kira leh la berbangga kan?? Tapi yang pastinya, aku bukanlah orang terakhir yang sampai ke garisan penamat. Heeeee...
Kay la taknak cerita panjang2, aku pun pegi interview tu dihantar oleh Miss D & ditemani Miss N menggunakkan kereta Kia Spectra Tn Hassan yang bernombor TAT 9514 (if i'm not mistaken la). Bila sampai je dlm pukul 2.00 cam tu rasa nak nangis & lari balik pun ada. Tapi bukan budak kecik lagi kan so aku tabahkan je la hati.
Sampai je kat receptionist, terus aku ckp.
"Saya datang untuk temuduga."
"Ooo..cik jalan terus, ada lif naik tingkat 2."
"Okay terima kasih"
Tapi tempat pertama yang aku tuju adalah..jeng2 toilet la..Betulkan tudung, kasi touch up cket. Baru comey..hehe
Pastu naik la tingkat 2 kat bilik gerakan tu, ada la dalam 4-5 orang, rupanya candidate pada hari tu seramai 10 orang. Hari yang berikutnya, pun ada gak interview tu lagi. Mula2 cuak jugak tgk candidate2 lain semua dari N9, tapi aku je orang luar. Takpela ada la pro n cons jugak kan. Kalau tak silap aku orang ke 7 kot.
Jeng Jeng Jeng..tibalah giliran aku...
Aku ketuk dan buka pintu bilik temuduga tu, nampak dari jauh ada 3 orang panel dan jauh jugaklah aku berjalan untuk sampai ke meja panel dalam 10 ke 12 langkah. Memang berbeza la dari interview kat SPA, mungkin biliknye terhad. Dengan langkah yang confident eh aku bejalan, walaupun kasut seblah kiri ni agak longgar & kaki aku duk terkuar2.
Aku bagi salam pada ketiga2 panel dan letakkan sijil aku kat panel yg tengah tu yang dipercayai Setiausaha MPN (Hj. Ali), sebelah kanan dia Pengarah Pengurusan dan sebelah kiri dia Ketua Unit COB En. Suhardi Abdullah (COB stands for ape aku tak sempat nk kaji). Soalan first dia:-
"Farrah dari mana?"
"Saya asal dari Penang Tuan.
"Jauhnyer awak datang sini."
"Saya sekarang bekerja di Jab. Bomba Putrajaya, terlanjur tengok iklan jawatan kosong di MPN saya mohon je la. Mana tau ada rezeki saya."
"Awak ada diploma je ker?"
"Saya ada Degree tuan."
Sembang ringan2 jer la, diploma kat mane, degree kat mane, nape tak mintak PTD, kat bomba keje sebagai apa erm..mcm2 lagi la.
Pastu dia tanya, persediaan apa yang awak buat untuk datang temuduga ni. Aku pun jawab la lebih kurang, baca website MPN, amek tau sapa YDP dia, apa yg MPN buat dlm keadaan yang kelam kabut gak la..hehe tapi yang pastinya aku cakap:
"Maklumat terbaru yang saya dapat dari website MPN ialah MPN sekarang dalam usaha mencapai taraf 2 bintang dalam penilaian Sistem Star Rating."
Hee..orang keje kerajaan je yang leh jawab cam tu tau. Pastu tanya la macam2 dan aku tangkis dengan confidentnyer..wlupun salah..huhu kita mencuba je kan..tapi ada soalan Cabaran Wawasan 2020 & Dasar Ekonomi Baru yang aku agak terkucil dan terus mengaku & mintak maaf yang aku tak tau..Hehe..
Pastu Mr. Suhardi tu tanya aku, sape nama Menteri Besar N9, memang aku da hafal la siap2. Hehe kiranya aku tahu jugak la pasal N9 ni walaupun aku orang luar kan. Pastu tanya pasal Gagasan 1 Malaysia, memang aku goreng la, biar tak tepat tapi jgn stop cakap..hehehe
Soalan cepumas dari Tuan Haji Ali:
"Rukun Islam ada berapa?"
"Ada lima tuan"
"Cuba sebutkan kelima-lima tu."
Aku pun sebut la, tapi tertinggal 1, yela nervous & gelabah, tak expect pun dia tanya soalan tu kan..terkejut gak ler..pastu dia sendiri ckp aku tertinggal menunaikan zakat. Ok la..pastu dia tanya pulak zakat ada berapa, mak aiii tu blajar masa umur 17, aku dah 25 tau..huhuhu aku ckp la, yang aku igt buat masa skrg ni hanya zakat fitrah dan zakat harta. HUHUHU
Pastu cepumas lagi dia tanya, rukun negara ingat tak? Mau tak hengat, dengan lajunya dan confidentnya aku bgtau dia. Then, dia tanya apa beza Rukun Negara yang pertama dengan Rukun Iman yang pertama?? Alamaksssss...aku pikir jap..
"Rukun Negara yang pertama 'Percaya kepada Tuhan' Rukun Iman yang pertama 'Percaya kepada Allah S.W.T. '
Memandangkan kita rakyat Malaysia dan mempunyai kaum yang berbilang bangsa dan agama. Oleh itu, setiap bangsa berhak menyembah Tuhan mereka sendiri, itulah maksudnya Rukun Negara yang pertama.
Sebagai umat Islam, kita harus lah menyembah Allah S.W.T seperti yang dimaksudkan dalam Rukun Iman. Jadi itulah bezanya..
Terus En. Suhardi cakap, pandai! Bagus jawapan awak.
Ikut logik la kan jawapannyer. Saper pun tau..
Setakat ni je la adanyer..Pastu aku tengah berdebar lak, tunggu monday 4 Jan 09. Hukk3 ntah ape la pulak halnyer..tungguuuuuu...
No comments:
Post a Comment