Lamanya tak update blog..malas sangat kalau online sekarang ni pun kejap2 jer. Idea tu banyak tapi malas nak menaip dan malas nak menghamburkan idea ke dada papan kekunci ni..huhu poyos amat!!
Interview N41 di MPPP
Tersangatlah sekejap interview session nyer. Dan tak disangka-sangka, yang interview aku ni abah punya ex-boss. Aku pernah jugak la dengar cerita pasal Encik Ismail ni yang lebih dikenali dengan Haji Mae. Yang banyak bertanya pun memang dia la. Seorang panel Mr. Patrick (Pengarah Pengurusan), Mr. Zukiree (Ahli Majlis) dan Encik Ismail Ibrahim (Ketua Jabatan Kemasyarakatan). Rupanya Encik Ismail ni kenalan Encik Razin Pengarah Bahagian Dasar di JPN.
Soalan yang keluar kebanyakkan pasal JPN la. Apa yang aku buat kat JPN? Apa Kualiti yang JPN dah buat? Pasal Cabutan Sijl Lahir, Pasal berapa lama IC boleh siap..Semua nya tentang JPN.
Pastu dia tanya apa yang awak tau pasal MPPP. Biasa-biasa je interview nyer. No big challenge la. Calon pun ramai, post yang kosong silap-silap satu je kot. Tapi kalau dapat, merasa la aku jadi bos kepada ex-kawan-kawan abah. Erm..cemana la rupayanya eh? Kalau tak dapat bukan rezeki aku la tu…
Penang
Macam biasa no other special thing. Cuma yang bestnya, Monday tu dapat gaji so aku belanja la family. Pastu balik cini Mr. D yang jemput kat Hentian Duta.
Kenduri Kawen Nazhirah (Uda) pd 29 Mei 2010 di Batang Berjuntai
Sampai pun agak lewat la kalau ikut kan majlis diaorang tu. Pukul 2.30 ptg sampai time tu makanan pun dah tinggal cket, selera mau makan pun terbantut la. Aku makan nasi himpit, kuah kacang ngan ayam panggang tu pun kongsi ngan Mr. D.
Nazhirah ni adik ipar kepada my cousin Raja Hazrina Zaity, kiranya aku kenal rapat juga la dengan family mereka ni. So, ada kelapangan aku pun datang la, nasib baik Mr. D pun tak kesah.
Pastu setelah dibekalkan dengan macam-macam benda (kerepek, pisang sesikat, kuah rendang daging, jem, gula-gula semua hasil rompakan di rumah kenduri..hehe) aku dan Mr D pun terus ke Kuala Selangor. Naik kat tempat yang meriam-meriam tu. Apa nama tah..Nak naik atas kena nek keretapi. Ala..cik dahlia pun pernah pergi situ pastu amek pix dgn monkey2 yg ramai itu. Hehe.. saya jugak!!
Itu je Citer nyer..takde yang menarik la..huhu nanti nak balik penang lagi, cousin nak kawen.
Raizul Azrin, cousin yang geng masa kecik2 panjat pokok jambu depan umah arwah tokwan di tokai kedah. Jarang sangat dapat balik kampong, sekarang ni memang tak balik la, rumah kampong pun dah dijadikan tapak kolam ikan. Neway, congratulation to my cousin. Aku?? Mesti jadi bahan hari kenduri nanti.. L Sabar je la..
p/s: ehh celine dion pregnant eh??
No comments:
Post a Comment