Friday, May 14, 2010

Sambutan Hari Belia Negara 2010 & Jom Heboh

Mari mari mari mari!!!


Promote ker? Huhu disebabkan event ni bersebelah, berdepan ngan ofis aku, so kena la promote cket. Banyak sangat event yg dijalankan sempena Sambutan Hari Belia ni. Tema Hari Belia tahun ni adalah "Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara". Di antara aktiviti nya ialah Education & Career Ekspo, PC Fair, jualan2, persembahan2, huish mcm2 lagi la..Kalau sape yg kat putrajaya ni boleh bayangkan, dari tapak pasar malam presint 2 tu, sampai la ke menara KBS semua khemah dah naik. Teringin jugak nak pegi, yela Putrajaya kan time2 cuti memang la tak meriah langsung. Kalau meriah pun sebab ada event jer, contohnyer mcm Belon Panas aritu, lepas ni maybe ade pesta flora or bunga api.

Yang aku take note, (malas la nak amek tau semua hal kan) antara event yang besar ialah, Jalan Ria kat Persiaran Perdana Presint 2, ala depan mahkamah istana tu. Event ni start at 8am on the 15th (sabtu). Then , pd lelaki2 ganas yg suka beracing (including mat remps pit) boleh la join program sukan bermotor. I dunno what is this actually tp korang try la g survey2. Tapi yang paling menarik di mata aku persembahan kesenian la..al maklumlah orang2 seni cam aku ni kan. Memang la fanatik bab2 mcm ni dan lg best adalah soping2 ler...tu je kot.

Fyi, aku dah pun soping dgn Cik Nadia & Cik Aine time lunch yang panjang td, beli comforter & bunga2an. Cik Nadia yg minat membeli bunga yer, bukan aku. Aku beli comforter yg biasa2 jer, tapi berkenan sbb corak nya polka dots. Dahulukala aku kan peminat polka dotz, so masih tertarik lagi dengan menda tu walaupun rasa sedikit keanak2an, tp cute wat..Kay la pada yg free2 this weekend (15-16 Mei 2010) datang la ke Putrajaya boleh jalan2 nek bus (sbb kene parking kete kat park n ride) then jalan2 la jelajah booth2 pameran yang ada kat sini. Then bolehla kot jumpa artis2 sempena Jom Heboh. Kalau berminat la, aku x berapa minat.

Have a gud weekend y'alls.. :)

No comments: