tak senang duduk dibuatnya bila kena attend mesyuarat di kementerian yang pengerusinya orang-orang kuat menteri. aiyooo sampai mimpi-mimpi la. selalu kalau nak cuti panjang je mesti ade benda penting yang saya kena buat / attend. hopefully everything goes well.
tambahan pulak perut ni asyik meragam je dari pagi tadi. ingatkan dah lewat masuk ofis tapi awal gak punch pukul 750. sampai jer kat meja tengok dan settle ape yang patut sambil menjawab telefon yang berdering-dering. aishhh glamour pulak hari ni. yang pastinya semua call hal keje la. sekarang duk risau, meeting karang pukul 12tgh hari. maksudnyer time lunch la meeting tu akan berlangsung. memang nature kementerian macam ni, meeting seawal 630 pagi ataupun lewat petang pukul 5 baru nak mula meeting. memang 'hard core' la kalau dapat posting kat ministry..huhu
kat jabatan pun dah cukup bz apetah lagi ministry kan? nasib baik la saya ada mr fiance yang banyak bagi semangat dan dorongan. thank u yayang :) baru je cerita pasal my ex-boss mase kat bomba dulu kan? tup2 semalam mr fiance terjumpa boss tu. Dorang borak2 la cerita hal majlis tunang haritu. Pastu borak2 la pasal my fiance yang tak dapat naik pangkat gred 22. pastu my ex-boss cakap pe.."takpala hang tak dapat naik 22 hang dapat 'naik' 41.." clearkan minda anda semua..fahamilah maksud tersirat. Boleh tahan melawak pak haji ni. sabar jer la.. dahlia, kak ayu tengok la boss ampa ni..huhuhu gatai!! nasib baik boss kesayangan semua...
okay 25 minutes left before gone to ministry..uhuk3x
1 comment:
haha okeh laa tu...tn hj zamri tu mmg gatai merenyaaammm tp xnampak...hehe
Post a Comment