Wednesday, June 9, 2010

Today's activities..

Buka-buka mata je aduh...malas nye nak pergi kerja. Semalam satu malam terbaring atas sofa ku yang cumel nei yang dialasi dgn blanket polka dots adanya yang diperolehi dari jean perry semasa berjalan-jalan ngan cik huda (housemate) di Mines. Wahh panjang kan ayat di atas. Huh sengal la diri ini. Terpaksa sangat bangunkan diri, mandikan diri, pakai kan baju pada diri dan yang penting muka kena la make up sikit kan. Biasa la, nanti kat ofis mesti kena tegur. Dari atas sampai la ke bawah, tak boleh la nak selekeh sikit. Tapi kadang-kadang tu malas juga nak bersiap cantik-cantik gi ofis. Bukannya masuk pertandingan ratu cantik pun kan. Tapi kalau tak make up, muka nampak sangat pucat dan ada pulak nanti suara sumbang menyatakan
"Cik Farrah tu nampak budak-budak sangat la.." Budak tak budak, tak tau ke I ni boleh jadi mak budak sudah??
Sampai je ofis, my staff cakap mintak I pergi Balai Polis Banting sebab ade la kes kan. U alls tak payahla tahu sebab itu BESARRR punya rahsia kerajaan. Pada dasar nya seronok nak jalan-jalan, tapi jauh di sudut hati I yang kecil (bak kata my boss la) takut juga nak menjawab soalan-soalan dari Encik/Tuan polis merangkap sarjan itu. Tapi semuanya alhamdullilah berjalan dengan lancar. Nasib baik ada anak buah ku Encik Roslan bin Sapian yang terror menepis dan menjawab soalan dari encik polis.
Tapi awal pulak sampai ofis, pukul 1230 macam tu la. Then sempat pergi lunch ngan Cik Aine di cafe bawah. Tetibe terlanggar pantang yang baru 3 hari terjaga iaitu " I dont wanna eat rice". Nak buat cemane dah itu je ada kat cafe kan, terpaksa telan je la. Perut ni da lapar tahap suria perkasa hitam dah. Ape kesah??
After lunch, jumpa my boss ada discussion sikit. I memang suka sebab banyak ilmu dalam setiap percakapan dia tu. So, I lebih faham la dengan my nature of work. Kita orang kan orang kuat Sabah / Sarawak yang memang complicated keadaannya di sana. Pun i tak boleh reveal kerana ini lagi satu BESARR punya rahsia. Tengah kusyuk mendengar celoteh My Boss & Encik Ruslan yang bakal naik pangkat, jari ni pun gatal-gatal la meraba-raba muka ni. Tup!! Itu jerawat sudah picah la..aiyooo depan my bos pulak tu..kuar la darah tapi yang sangat minimal dan masih boleh dicover. I pun buat-buat raba tang situ lama-lama sampai la darah-darah tu dirasakan habis di lap. (Sorry susun atur ayat lintang pukang).
Lepas tu borak punya borak, pukul 445 petang baru keluar dari bilik boss dengan senyuman sebab its almost 5 pm..Tup2x Roslan cakap, "Cik Farrah ada order makan ke untuk meeting esok? Shahir cakap tak dapatla, kalau nak kena buat surat tunjuk sebab." Bukankah hal itu diuruskan oleh setiausaha saya? Erm..Tiba-tiba mood yang nak balik umah tadi terganggu sebabnya tiba-tiba teringat yang esok pagi I kena mempengerusikan satu meeting yang I pun tak master lagi contents nye. Terpaksa la bawak balik fail ke rumah untuk study sebab tak nak nampak 'beng' masa meeting esok. Dah le ahli nya semua otai-otai. HHHHaaaaaaaaaaaaa tension nya, kenape la I yang dipilih??? Why me?? Why???
Fail tu memang dibuka dengan jayanya, tetapi disamping itu, laptop juga terbuka (dengan broadband dicocok) jadi..mana yang lagi best?? hehe..Okay lah pas habis membebel ni I sambung la study balik.
Ha..tak cukup membebel kat sini, I membebel pulak kat Mr. D. Kenapa?? Boleh pulak minyak kereta dia habis depan rumah ex-wife dia. Tu la, minyak nak isi time betul-betul kat merah tu, inilah akibatnya. Opss jaga mulut yer jangan lah kita memburuk-burukkan orang lain. Masa depan kita pun belum tentu. Minta dijauhkan..Wallahhullamm..
p/s: pandang fail-fail yang di bawa pulang dari ofis dengan muka yang sedih..Ya..i'll open u la..dun worry.. :(

No comments: