Seperti kebiasaannya, masih malas seperti biasa. Dimana aku rasa pas ni kena tukar tajuk blog la pulak. Budak malas ke ape-ape je la yang sewaktu dengannya. Bangun tadi pagi baju untuk keja hari ni masih belum digosok, sebab aku dah boring la pikir nak pakai baju apa gi ofis. Semuanya sudah membosankan, jawapannya mestilah baju baru lagi menarik dan memberi semangat dan keyakinan yang lebih untuk ke tempat kerja. alasan semata. ok, back to cerita sebenarnya, sampai ofis je perut meragam pulak. Lepas wat sedikt 5s (seiko....) kat workstation terus la aku menuju ke cik tan (tandas a.k.a toilet a.k.a bilik ayaq a.k.a panchoq). tengok-tengok itu period sudah datang lah. haiyoo..balik pulak ke workstation untuk mengambil sekeping roti untuk ditampal. patutla sakit perutnya terasa sangat, badan & kaki pun rasa sengal-sengal. ini la puncanya. pastu hari ni sejuk sangat, di tengah hari rembang @ rambang ini aku menyelimuti tubuh dengan selendang pemberian Mr. D di awal perkenalan dulu (tq yayang :p).
tangan ni kalau ada glove dah lama aku sarung. sejuk nyer..kaki pun dah pakai stokin, tapi kurang mantap sebab ye la skinny sock yang aku spare dalam drawer ni. nak masuk meeting kan kene pakai kasut bertutup, memang berpasang-pasang aku spare dalam drawer. bukan pasal stokin yang aku nak cerita nih, tapi pasal sakit perut @ period pain @ senggugut yang tak berapa teruk ni. yang feel really bad is only my mood la, yang lain-lain masih dapat dikawal. tapi still, aku seorang pegawai yang setakat ni orang rasa yang paling low profile dan masih boleh tersenyum dan borak seperti biasa jika dirundung perasaan yang begini. cuma mata sedikit mengantok. tengah tunggu jam pukul 1pm for lunch. masih tak selera mau makan. selalunya begini la bila bulan mengambang, before nak mengambang tu selera makan bukan main lagi. sekarang ni, tak selera tapi lapar. dimana kah saya boleh dapat nasi kandar sesedap nasi kandar kg melayu di putrajaya ni? impossible rasanya..tahan je la..k la everyone chow sin chow, aku mahu men'touch up' cket untuk turun ke cafe. bukan nak cantik pun ,cuma masalah kulit berminyak ni masih belum dapat di atasi. perut pun macam ditarik-tarik je urat-uratnya. kaki memang rasa lenguh & sengal.
Selamat berlunch..
No comments:
Post a Comment