Wednesday, July 7, 2010

yang pernah bertahkta di hati..

jika kak ayu bercerita pasal kawan-kawannya, saya pun tetiba rasa nak bercerita pasal bekas-bekas kekasih hati saya dulu. ada yang so so je, ada yang menyakitkan hati. tapi apa pun cerita dah lepas, sekarang pun saya dah jumpa someone yang setakat ni saya rasa agak secure walaupun masih ada sedikit halangan.
First cinta hati saya (cinta beruk) dengan seseorang yang bernama Hasleyzal ataupun dikenali dengan nama Zack. dia ni muda 2 tahun dari saya rasanya. Bila difikir-fikir macam kelakar pulak. tapi time tu hati dah sayang, budak baru nak naik kan. time tu saya form 5 dia form 3. hehehe kitaorang clash sebab saya ni bukanlah seorang yang kuat study tapi study la sikit untuk SPM kan. dia mcm bengang dan ingat lagi ayat dia:
"farrah study la, zack nak tengok jauh mana farrah boleh p."
itu adalah cabaran bagi saya. and now, i'm what i've plan 11 years before. alhamdullilah. tak rugi pun kalau clash ngan dia. dia pun agaknya dah selamat bernikah kot. pernah dulu ternampak kat padang brown, penang dengan sorang perempuan, agaknya bini dia. malas la saya nak tegur kan, time tu student belum lagi mendapat gelaran seperti sekarang.
Second buah hati pengarang jantung saya ketika dulu (2001) adalah, abu bakar bin idrus atau dikenali dengan nama Yang chik. katanya sebab dia anak yang last jadi mak dia panggil yang kechik2x jadi la yang chik. dia sehingga sekarang kalau tak salah saya, masih bekerja di Penang Bowl dekat area padang kota lama, dekat jugak dengan E&O Hotel & SS club. saya memang tak jumpa dia langsung selepas terjumpa dia bersama gf / aweks/ adik angkat/ kakak angkat nya di KOMTAR Penang. dia nampak saya, dan saya ada dengar macam dia sebut-sebut dan tunjuk saya pada perempuan itu. saya malas nak ambil port. kerana ketika itu, saya masih student di UiTM Jengka, Pahang.
Alkisahnya, kami break off sebab dia bersekedudukan dengan adik angkatnya. alasan itu sungguh saya tak boleh terima. nak histeria saya di pahang masa tu. katanya budak itu yang berusia sebaya adik saya (ketika itu 17 tahun) adalah anak orang miskin dan diberhentikan sekolah kerana tak ada duit. jadi si abang angkat yang baik hati ini (mak nya pun bersubahat) menumpangkan adik angkat nya ini di rumah mereka. yang chik jugak naik turun pejabat pendidikan untuk daftar masuk semula adik angkatnya. dah duduk satu rumah dengan mak yang sporting gila, apa yang jadi? ohh..tak payahla saya buruk-burukkan dia. sebab dia mengaku dia terlanjur. satu permintaan dia yang tak dapat saya tunaikan, dia suruh saya tunggu adik angkat dia habis SPM baru dia nak buat keputusan sama ada saya atau adik angkatnya. Take me for granted?? No no no..u can go to hell with your bloody fool 'sister'. i dont need u. i'm not that cheap man! saya pun membawa diri...yang saya dapat tau, yang chik sekarang tidak lagi dengan adik angkatnya yang dulu kerana telah bercouple dengan adik saya punya kawan baik punya kakak. harap u alls faham dengan keterangan itu.
Next, Mursyidi Murad. ini cinta terlarang because he belongs to someone else. pada awalnya kami hanya 'kawan biasa'. bagi dia saya ni adalah untuk mengisi ruang kekosongan 'masa' kerana isteri beliau bekerja di KL. tup3x siapa tau kan hati ni bila-bila masa berubah. saya seronok kerana dilayan seperti seorang puteri. balik sekolah (form 6) pun dijemput. alangkah bahagianya hidup. tapi perkenalan ini dapat dihidu oleh isterinya. lalu saya diganggu dan ditohmah. ya saya yang salah kerana bermain dengan api. sepatutnya benda ni tak berlaku. pernah abang (mursyidi) cakap yang isterinya nak pinangkan saya, tapi i'm just 18 he was erm jap nak kire..he was 29 years old. jarak umur yang agak biasa bagi saya. kerana saya tidak meminati lelaki yang sebaya kerana akan jadi macam yang sebelum ni. tapi, saya kesiankan anak-anak nya, isterinya..saya fikirkan jika dia tergamak melakukan begitu pada mereka, mengapa tidak saya? ohhh tidak..saya bukan perampas. lalu saya membawa diri ke pahang. sekarang ni kami masih lagi berhubung dengan kecanggihan facebook kami bertemu semula. (bukan dia sahaja, skandals2 yang lain pun ada jugak) dia pun telah berkahwin lain, dan isterinya telah diceraikan. sekarang dia ada seorang anak hasil perkahwinan dengan isteri baru. whatever it is, saya masih rasa yang dia adalah kekasih saya yang Ke-2 terbaik. thanx !
selepas tu, lama jugak saya sendirian sehingga terjumpa seorang yang layak digelar mamat kat friendster. ohh sebelum tu saya couple dengan seorang mamat jugak namanya ahmad harris orang penang yang sangat sengal. erm..orang yang tak ada masa depan dan masih mencari apa yang dikehendakkan. sehingga sekarang saya tak pasti dia dah jumpa atau belum masa depannya. selepas 'kuciwa' dengan mamat itu, saya bertemu dengan azizi @ gg. saya rasa sangat jijik untuk saya mengaku dia itu bekas kekasih saya. orang yang tak menghargai pengorbanan orang lain. how i wish that, kenapa dia tak mati saja ketika dia jatuh dulu. hanya tengkorak kepalanya saja yang retak. jahatnya saya. ketika itu, wanita ini bersusah payah pergi ke hospital ipoh, seorang diri dari shah alam untuk melawat mamat itu. tapi useless, i've been dump like a rubbish! tapi not so long to recover my sadness, 2 weeks je yang frust gila babeng. then ok la.
ahh..penatla menaip. ada 2 orang je lagi..to be continued yer..

No comments: