senyuman lebar saya (mulai saat ini, nak gunakan ganti nama 'saya' lebih elok dan sopan dari 'aku') hulurkan buat semua pada pagi yang indah ini walaupun ada beberapa kecacatan yang menimpa. tapi biasa-biasa saja. isunya tetap sama macam yang pernah ditimbulkan dulu. pagi ni lewat sikit dari kebiasaan masa saya sampai ke pejabat. selalunya tak lebih dari pukul 745 am tapi hari ni sampai pukul 755am. puncanya adalah apabila beberapa orang pegawai polis trafik wanita menjaga di simpang nak masuk presint 8 tu. start dari presint 9 (depan flat hijau) dah start jem. memang saya dah agak yang mesti polis yang jaga ni, kalau ikut traffic light seperti biasa memang tak ada masalah langsung. putrajaya ni bukannya sibuk sangat pun sampai perlu nak jaga-jaga traffic light. tapi saya cuba positive kan mind saya, mungkin ada sebab tertentu kot. tapi pagi-pagi ni memang la buat orang angin, tambah pulak si pakcik driver bas nadi putra tu suka brek kerap-kerap dan buat orang di dalam bas tersengguk-sengguk. huh..sabar je la.
semalam, mimpi saya macam best je. tapi bila mengigatkan orang cakap mimpi ni akan jadi terbalik jadi saya dah hilang my excited la. tapi dalam mimpi tu macam betul-betul terjadi. mr. d cakap nak masuk meminang time raya nanti. pastu dah sibuk-sibuk ukur jari nak beli cincin. alangkah hampanya bila ia hanya mimpi semata. sob2x kalau ada jodoh kami, adalah kan. harap-harap si dia masih gigih berusaha. ya, saya faham ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan. lagipun saya belum ada saving lagi. ish3x dah 26 tahun bila lagi nak saving kan?
tapi hari ini dalam sejarah saya telah membuka account tabung haji. hehehe bersama dengan cik nadia. saya buka account sebanyak rm50 ye la bukannya rugi pun kan. saya berazam nak buat tu saving account untuk masa hadapan. ni tengah fikir, nak buat potongan gaji ke atau nak transfer jer tiap-tiap bulan. kalau transfer pun ok, cuma takut tercicir. kalau potong gaji, macam nak saving rm1000 sebulan tapi ada jugak bulan-bulan lain nak guna duit lebih kan. so better transfer dari maybank2u je. tak la terikat dengan certain amount dan tengok gaji bersih dalam slip gaji berkurangan. hehehehe
semalam teman cik nadia pegi mines mencari kasut. dapatla saya baju sepasang. terasa macam nak pakai untuk majlis resepsi cik jaslina jasni di penang nanti. tengok la keadaan macam mana. akan difikirkan macam mana. semalam ada juga berkenan satu baju ni tapi tak berani nak beli sebab tak de dalam shopping list. huh camno tu?
No comments:
Post a Comment