Sangat tegang kerana banyak masalah yang perlu dihadapi. Hati tak kuat memang hancur kerana kasihankan pemohon-pemohon ini. Perlukah sifat kemanusiaan mengatasi keprofesionalan kita? Saya mesti profesial, saya cinta negara saya Malaysia!! Saya berintegriti!! Saya bukan kaki rasuah mahupun mengambil rasuah. Ohh..sian sungguh dengan pakcik tadi, bergenang rasa air mata saya bila teringatkan abah di Penang. Kalaulah abah ditempat pakcik tu tadi?? Sedih sangat tapi biarlah saya simpan kisah kesusahan pakcik tersebut. Semoga dia tabah dan menceritakan yang sejujurnya sehingga membuatkan saya rasa simpati. Ohh..tidak kamu tidak menipu kan pakcik? Demi anak-anak ibu bapa sanggup bekorban tanpa memikirkan diri sendiri. Harta dilabur, kerana mahu memenuhi karenah birokrasi ini. Ini adalah prosedur dan negara kita berpelembagaan, jangan ikut sesuka hati. InsyaAllah segalanya selamat. Apa tanggungjawab kita sebagai anak? Cukupla jika kita menjaga hati kedua orang tua kita, hormatilah mereka. Sesungguhnya tiada lain yang dipinta kecuali kebahagiaan anak-anak.
Farrah sayang mama sangat-sangat.
Farrah sayang abah sangat-sangat.
My sis, luv u all..
ps: Semoga Encik Subahani bin Haji Taha mendapat apa yang dihajati demi anak-anak beliau..Amin..
1 comment:
kesian memang kesian..anggap itu ujian dalam pekerjaan...
Post a Comment